Friday 17 October 2014

Anak Saya Suka Berenang BERENANG: Kebaikannya Untuk Bayi & Kanak - Kanak

Assalamulaikum wbt

Berenang???emmp best kan bunyinya? Tapi nape berenang? Yela…sebab anak saya suka sangat dengan air..Lagi pun berenang ni kan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W..So, hari ni saya terpanggil untuk share story tentang aktiviti menarik yang boleh di lakukan oleh anak- anak selain bermain kat playgroud atau main dengan Barbie doll atau main dengan gadget. Saya nk suggest sukan berenang la the best aktiviti for our kids!!! So, let check it out apa yang best tentang berenang ni.

Apa Kebaikan Berenang Kepada Bayi & Kanak – Kanak?
Berenang dapat meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru bayi apabila si kecil itu sudah biasa dengan keadaan sejuk dan banyak bergerak. Selain itu, gerakan tangan dan kaki mendorong bayi menjadi lebih kuat serta menjadikan aliran darah ke jantung lancar. Berenang juga dikategorikan sebagai latihan aerobik di dalam air.  Berenang juga dapat:
1.       Melatih pernafasan

Mereka yang mempunyai penyakit asma sangat digalakkan melakukan aktiviti ini kerana ia meningkatkan sistem kardiovaskular dan pernafasan.

Pernafasan menjadi lebih lancar dan panjang kerana terbiasa menahan nafas di dalam air.

2.      Membentuk otot

Ketika berenang, keseluruhan otot pada tubuh daripada kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang dan kaki akan bergerak.

Ketika bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan tenaga yang lebih besar kerana perlu `melawan' air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot tubuh.

3.      Membakar kalori

Ketika berenang, tubuh terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan menjadi lebih tinggi sehingga dapat membakar lemak sekitar 24 peratus.

Ini sekali gus membantu mengelakkan bayi mengalami masalah gemuk.

4.      Keselamatan diri ketika di dalam air

Berenang membuatkan bayi anda lebih selamat ketika berada di dalam air.

Ibu bapa juga tidak berasa bimbang sekiranya anak mereka berada di dalam air kerana si kecil ini boleh berdikari dan mengawal keadaan.

Selain bermanfaat kepada diri sendiri, mereka juga dapat membantu orang di sekeliling ketika berada dalam situasi kecemasan.

5.       Menghilangkan tekanan

Secara psikologi, berenang dapat membuatkan hati dan fikiran lebih tenang kerana gerakan yang dilakukan secara santai dan perlahan.

Ia mampu meningkatkan hormon endorfin yang membuatkan kita menjadi lebih ceria dan tenang.


INFO TAMBAHAN
* Aktiviti renang membabitkan semua otot di seluruh bahagian tubuh seperti jantung dan paru-paru. Koordinasi yang baik menambahkan semangat belajar dan tidak mudah sakit.

* Anak yang menghidap asma sangat serasi dengan aktiviti renang kerana ia dikatakan mampu menguatkan otot dada dan paru-paru. Juga baik untuk mempertingkatkan daya tumpuan anak.

* Untuk kanak-kanak obesiti, renang amat baik kerana didapati sekitar 25 peratus kalori terbakar ketika berenang.

* Ajak anak bermain dalam air dan mulakan dengan kolam kecil, atau kolam plastik.

* Dekati anak ketika ia berada di dalam air. Sekiranya si kecil menunjukkan ketakutan, segera angkat daripada kolam.

* Kerap membawanya ke kolam sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

* Antara sunnah yang dituntut selain daripada memanah dan berkuda kerana kemahiran ini mempunyai kelebihan tersendiri.

* Kemahiran tidak ternilai kerana anda boleh menggunakannya untuk menyelamatkan orang lemas.

* Aktiviti sihat dan disarankan untuk orang gemuk.

* Antara sukan paling murah kerana ada yang mengenakan bayaran serendah RM2 untuk sekali masuk.
 

   

Ini gambar Dr. Sheikh Mudzhafar sedang mengajar anaknya berenang ketika berumur setahun lebih. Tengok tu…betapa happynya dia berenang. Hasil penelitian di Melbourne, Australia, menunjukkan, secara statistik IQ anak yang diajarkan berenang sejak bayi lebih tinggi kecerdikan anak yang tak diajarkan berenang atau diajarkan berenang setelah usia 5 tahun. Anak-anak tersebut diukur IQ-nya ketika mereka berusia 10 tahun. Tidak hanya itu, pertumbuhan fizikal, emosional, dan sosialnya pun lebih baik.

Oleh itu, apa tunggu lagi? Dah terbukti kan bayi yang di ajar berenang akan mempunyai IQ yang tinggi. So, kalau nak dapat anak yang pintar jom kita hantar anak belajar berenang. Suatu hari nanti anak kita akan menjadi anak yang cerdik dan berani. Insyallah lepas ni saya pun nak hantar anak ke kelas berenang sebab saya sendiri x tahu berenang…malu nya rasa….hehehe
 

Sekian terima kasih