RESEPI
OMELETTE AYAM
Mommy
– mommy yang busy kat luar sana tu pastinya selalu tercari – cari resepi
breakfast yang ringkas, mudah dan mengenyangkan kan? Saya tahu anda xada masa
nak sediakan breakfast untuk suami dan anak- anak. Hari ni, saya terjumpa 1
resepi yang senang nk masak dan yang paling penting anak- anak suka dan penuh
khasiat. Anak- anak bleh bawak bekal ke sekolah. Ini lah dia Resepi Omelette
Ayam. Resepi ni direka oleh Che Nom dari iresipi.com tapi saya olah semula
agar lebih senang.
Masa:
Penyediaan:
5 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang
Bahan-Bahan:
·
3
biji telur
·
3
sudu besar susu Full Cream
·
sedikit
garam
·
keju
parmesan/mozarella (optional)
·
minyak
zaitun
Bahan untuk filling:
·
1/3
cawan ayam cincang
·
1/2
biji kentang, diparut kasar
·
capsicum/lada
benggala hijau, dihiris nipis
·
1/2
biji bawang, dihiris nipis
·
1/4
sudu kecil serbuk lada hitam
. Boleh tambah hirisan cili jika suka pedas
·
sedikit
garam
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak
zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan
ayam, lada hitam dan sedikit garam. Kacau sehingga daging masak dan kering
airnya.
2. Masukkan capsicum
hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
3. Dalam kuali yang
sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang bancuhan telur tadi. Masak
di atas api yang perlahan. Kacau dan balik-balikkan di tengah bahagian telur
yang cair supaya masak sekata. Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di
setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah.
Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. Lipat telur dan masak setiap bahagian
selama 1-2 minit. Angkat dan hidangkan. Boleh dimakan dengan sos cilia tau makan
begitu sahaja.
So, nah ini
lah hasilnya!!!! Selamat mencuba!!!!
No comments:
Post a Comment