Thursday, 16 October 2014

Selamat Tinggal Selsema dan Batuk



PETUA DAN TIPS
Untuk Selsema dan Batuk Bayi

Sejak 2,3 hari ni cuaca selalu berubah- ubah. Kejap panas terik, kejap hujan lebat. Agaknya dah nk masuk musim tengkujuh kot. Tapi perubahan cuaca yang mendadak begini selalu buat saya risau la.Ish…mana tak nya..Selsema dan batuk senang la nak hinggap kat anak- anak ni especially bayi..Emmmp so ape lagi..saya pun cari la Mr. Google dan jumpa beberapa petua yang dapat membantu atasi masalah selsema dan batuk. So apa kata kita try..at least dapat la elak guna ubat- ubat yang banyak chemicals tu..

1.      Cara atasi selsema kanak – kanak

-          Elakkan beri makanan yang boleh menambahkan mucus dan banyakkan makanan yang boleh hilangkan kahak.
 

-          Guna minyak bawang putih. Caranya ambil 1 atau 2 ulas bawang putih dan bakar. Kemudian lenyekkan dalam minyak masak dan sapu pada tapak kaki anak. Lakukan setiap malam sebelum tidur. 

-          Boleh jugak guna stoking bawang putih. Caranya sama seperti minyak bawang putih tadi tp kali ni ambik bwg putih yang dilenyek dalam minyak tadi dan letak di tapak kaki anak anda. Kemudian pakaikan stoking. Biar sehingga pagi. Ulang petua ini sehingga anak sembuh

-          Selain itu boleh try jugak guna bawang merah. Caranya, ambil 2 biji bawang merah Bombay tu, then belah 2. Kemudian letak di bawah bantal anak anda ketika dia tidur. Biarkan sehingga pagi. Lakukan sehingga anak sembuh. 
  
 Petua melegakan batuk di kalangan kanak- kanak
 
AApabila kanak-kanak batuk dengan kuat, kadangkala ia menyebabkan refleks muntah. Oleh itu, selepas batuk, anak mungkin muntah. Bagi kanak- kanak kecil yang belum pandai mengeluarkan kahak, muntah ialah satu cara bagi mereka mengeluarkan kahak yang masuk ke dalam perut

1. Beri minum air masak suam yang banyak
Air suam dapat melegakan tekak yang kering. Di samping melegakan demam jika ada, air yang banyak juga boleh mencairkan kahak dan memudahkan kahak dikeluarkan.


2. Tinggikan sedikit bantal ketika tidur malam/ siang bagi memudahkan pernafasan.
3. Jika tuan puan mempunyai air panas, tuan puan boleh membuka shower air panas dibilik mandi dan tutup pintunya agar bilik air menjadi berwap. Kemudian duduklah bersama anak puan selama 20 minit di dalam bilik air berwap itu. Wap panas tersebut akan memudahkan pernafasan anak. 

4. Salah satu tip yang diberikan oleh Puan Siti Farah Aini Jamaludin, Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Alpha ialah ibubapa boleh melakukan fisioterapi ( tepukan pada dada) bagi melonggarkan kahak dan memudahkan pernafasan anak. 

5.  Ambil sesudu madu dan perahkan sedikit lemon. Beri anak minuman ini dan amalkan 3x sehari. Insyallah batuk akan beransur hilang

Ini sahaja yang dapat saya share dengan anda semua. Semoga dapat membantu and happy trying!!!!!

No comments:

Post a Comment