Sunday, 12 October 2014

IBU MERTUAKU



12 CARA MEMIKAT HATI MERTUA

Bertengkar dengan mertua? Tidak sebulu dengan mertua? Tak boleh nak “get along” dengan mertua? Ni semua masalah yang mungkin anda semua pernah alami..So, untuk menepati tema entri saya pada minggu ni iaitu tema ibu, saya nak share la sikit ilmu dari orang – orang tua lama dan melalui pengalaman orang yang berpengalaman mengenai cara- cara nak memikat hati mertua. Kalau nak tau berkesan ke tak, acu cuba try test k…

1. Pendamkan saje rasa kecewa atau amarah jika tidak berpuas hati dengan keluarga mentua.

2. Tunjukkan kegembiraan dengan kunjungan mereka. Berikan layanan yang baik dan mesra ketika mereka datang ke rumah. Jangan pulak bila mentua datang ke rumah, terus ko suruh dia buat kijer rumah. Tak baik tau…

3. Menghargai sebarang pemberian daripada mentua. Jangan harapkan mereka berikan sesuatu yang mewah atau mahal pulak. Bukan semua mentua tue kaya raya …:-) So, jangan tarik muka masam pulak kalu mentua korang hanya mampu berikan sehelai kain batik untuk menantunya. Dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih :-)

4. Bersangka baik dengan mentua dan berikan respons yang positif walaupun berbeza pendapat dengan mentua.

5. Menziarah keluarga mentua jika ada masa. Walau sesibuk manapun korang, luangkan sedikit masa untuk menjenguk keluarga mentua atau ipar-duai demi mengeratkan silaturrahim. Anggap mereka cam keluarga you all sendiri.

6. Layan dan jaga hati mentua dengan baik. Jangan bercakap kasar atau menyinggung hati mereka kerana berkat dan doa mereka akan menjamin kebahagiaan rumahtangga you all kelak.

7. Jika tau mentua korang sedang hadapi masalah, hulurkan bantuan sekadar termampu. Jangan pulak you all pi menyibuk dengan urusan mereka terutama dalam soal kewangan atau pengurusan harta benda… :-)

8. Dan yang paling penting, elakkan sebarang pergaduhan dengan mentua. Pergaduhan dengan keluarga mentua hanya akan berakhir dengan pertengkaran korang laki bini

9. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

10. Wujudkan hubungan yang baik dengan adik beradik ipar. Ibu mertua anda pasti akan gembira apabila melihat anda dan anaknya seperti adik beradik sendiri.

11. Berhubung selalu dengan menelefon atau sms ibu mertua anda samaada bertanya khabar atau berborak kosong.

12. Terima kelemahan dan keburukan ibu mertua anda. Hormati dia sebagai orang yang lebih tua dan ambil masa bagi memahami dan menerimanya sebagai ibu kita.  

 SELAMAT MENCUBA....
 








No comments:

Post a Comment